Memang kebiasaannya semasa kecil anak2 perempuan lebih manja dengan Abah termasuklah aku sendiri.Masih teringat lagi bila abah balik dari kedai mestilah dibelikan jajan..asam manis. Sehingga sekarang aku masih ingat lagi asam manis tradisional yang mana masih boleh lagi didapati dipasar Jumaat.
Sesekala abah bawa makan angin naik teksi adakalanya hingga sampai ke Pontian. Kesian Emak tak ikut masa tu.Semasa kecil akulah yang paling manja dan paling rajin tolong pijak Abah bila Abah penat.
Sekiranya Emak pergi kerumah Abang2 untuk membantu menguruskan cucu baru, Abahlah yang tinggal uruskan kami yang masih sekolah. Abah memang pandai masak.Patutlah anak-anaknya memang pun pandai masak .Dia tukang masak untuk kumpulan Rewang kat kampung.Yg spesialnya ialah Botok-botok.Kadang-kadang dia buat Acar Tahun.
Kalau raya pulak yang spesialnya ialah Tat Nenas, Makmur & Wajik . Serunding kelapa tradisional dan rendang special Abah yang banyak pakai serai.
Itu semua memang Abah & Emak punya specialities. Emak citer dulu tat nenas & makmur dia selalu menang pertandingan.
Inilah dia kuih tradisional tu cuma botok2 je yang belum try..nanti bila try boleh ambil gambar.
Eh..eh sape2 nak order kuih tradisional ni bolehlah kita tolong buatkan
![]() |
| Kuih Makmur |
![]() | ||
| Tat Nenas |
![]() |
| Acar Tahun |
![]() | |
| Wajik Durian |
Masa berlalu begitu cepat . Apabila aku bersekolah di BP menaiki bas awal subuh, Abah akan temankan tunggu bas . Bas akan ambil masa 1 jam utk sampai ke BP.Lepas tu abah naikkan pulak kereta sewa sebab hanya ambil masa 1/2 jam..taklah rugi masa dalam perjalanan. Selepas tu bermulalah aku tinggal di asrama dan seterusnya merantau jauh. Teringat masa kat airport semasa menghantar ku belajar keluar negara mata Abah merah je..Terlalu berat untuknya melepaskan anak gadisnya yang masih belasan tahun jauh merantau.
Apabila tamat belajar , mulalah alam pekerjaan. Tanpa disangka aku dapat balik kekampung untuk tinggal bersama Abah dan Emak. Selepas daftar kerja di KL terus ditempatkan di BP. Apabila aku balik turun bas , Abah memang tak sangka bila aku beritau bahawa aku akan mulakan tugas diBP .Abah terlalu gembira dan sembahyang sunat syukur.
3 tahun dapat ku bersama Abah dan Emak dikampung sebelum berpindah ke KL mengikuti suami. Abah jatuh sakit apabila aku berpindah ke KL..Abah rindu tu. ..itulah usikan abang2 & kakak ku.Namun kewajipan ku adalah kepada suami .
Abah meninggalkan kami semasa anak sulungku berumur 8 bulan. Kami berada disinya disaat2 kematian Abah dalam tahun 1986..25 tahun yang lalu.
Al Fatihah untuk Abah..Allahyarham Hj Azahari Bin Hj Talib
Bapa mertuaku pula meninggalkan kami pada 13 Februari 2011 6.30 ptg..hanya seminggu selepas kami bersamanya selama seminggu semasa cuti Raya Cina.
Semasa seminggu bercuti bersamanya, dia kelihatan seronok kerana kakakku bersama keluarganya juga datang. Dia sihat , masih kuat mengayuh basikal, buang sampah. Disuruhnya suamiku dan anakku tukarkan lampu supaya terang. Disuruhnya kami beli tambahan dapur untuk masak , senang nanti nak masak ramai-ramai.
Pada malam Ahad sebelum kami pulang ke KL dia cakap rasa sejuk tidur di bilik bawah lalu dibawanya bantal dan selimut untuk tidur dibilik atas. Dia beritau kalau dia dah tak kuat nanti tidur kat bilik atas, kalau tak kuat nak pegi bilik air, boleh saja di depan bilik tu ade papan yang boleh di congkel. ..Rupa-rupanya itulah tempat untuk mandikan jenazahnya.
Semasa kami nak balik ke KL, seperti biasa semua akan duduk ditangga. Semasa aku bersalam memohon maaf dan beritaunya tak lama lagi boleh dapat menantu baru..dia senyum..je..namun matanya jauh memandang ku seolah-olah mahu tinggalkan pesanan terakhir untuk menguruskan.Dalam hati ku terdetak..adakah ini kali terakhir kami berjumpa..Apabila telah balik ke KL selepas sembahyang aku sedekahkan Fatihah buat kedua2 belah ibubapa & mertuaku sebab Fatihah tu boleh disampaikan kepada yang mati dan juga yang masih hidup.. Rupa2nya itu adalah tanda-tanda akhir bapa mertuaku..
Pada petang 13 Feb, adik ipar ku telefon beritau Wan tenat. Terus ku telefon suamiku dan suruh anakku yag sulung yg kebetulan di KLIA untuk beli tiket balik kampung.Sejurus selepas tu adik iparku telefon bahawa Wan telah menghembuskan nafas akhirnya pada pkl 6.30 ptg.
Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Wan Mamat bin Wan Salleh




0 comments:
Post a Comment